Beli tiket nya dari bulan lapan 2010. Perginya bulan lima 2011. Sungguh bersabar. 9 bulan tunggu. Kau boleh?? Haha.
Mula - mula debaran nak mintak cuti daripada bos masing-masing. Nak dijadikan cerita tiket murah tu jatuh pada hari Selasa hingga Khamis. Nasib lah bos-bos kami memahami semuanya. LULUS cuti. Boolatt nye cuti lulus 4 hari u olls. Moq dgn Montel 3 hari je. Hoho.
So, we are heading to Sabah bebeh !!!!
Bangun awal tau, pukul 4.30 pagi dah bangun. Flight pukul 0755. Thanks to daddy Moq sebab hantarkan kami ke LCCT. Thank You !!!
Hari Pertama

Muka pepagi buta yang semangat untuk terbang. Terbang donats terbang. Yeah!!! - gaya abang naz terjah-

Breakfast merangkap Lunch. Kami pergi bertiga je. Jangan keliru dengan melihat jumlah makanan. Kami pergi bertiga je, janji tak tipu :D
Sesampai nya kami di Sabah, kami disambut dengan riang oleh kawan sekolah Montel, Estrada Astri dan kawan kepada Estrada Astri, Yanie. Papehal check-in dulu, then KUNDASANG here we come !

Port menarik untuk memegang awan.

Dari kiri : Moq & Boolatt
Belakang : Awan Nano

Sesi menguji ketahanan platform. Lulus.

Yang belakang tu lah Estrada Astri. Nak berkenalan? Nanti email.

Ni kat Kundasang War Memorial. Yang belakang sekali tu nama dia Yanie. Dia kawan Estrada Astri. Oh oh oh dah bagitahu eh nama dia tadi? Ok saja ingatkan balik.

Tunang Liana cakap macam mak guard UiTM.

Gaya bebas berempat-empat.

Suka gambar ni. Suka Suka Suka Suka Suka Suka !

Di kaki Gunung Kinabalu. At least, kami dah merasa sampai di kaki Gunung Kinabalu. Bukan tak mahu mendaki, tapi mak si Boolatt dah pesan, jangan nak daki-daki gunung kat sana tu. Dengar cakap weh. Tak nak ah jadi Tanggang. Ape kelazzzz..

Di pekan Kundasang. Sejuk nyaman semua serah lah kat Kundasang ni. Best.
Kemudian kami pergi ke Pasar Philipine. Nak cari baju I ♥ KK untuk snorkeling esok. Tak jumpa yang berkenan kami redah pasar malam besar di KK tu. Misi berjaya.
Hari pertama kami berakhir dengan makan malam di ala, lupa pulak nama tempat tu. Menu kami ialah ikan kerapu tiga rasa, ikan bawal sweet sour, butter prawn, kailan ikan masin, sotong goreng tepung. Maaf gambar tiada sebab lapar sangat. Imagine je lah imagine.
Next day, kami snorkeling. 3 pulau kami sapu. Manukan, Sapi dengan Mamutik. Best. Sangat Best.

Di dalam bot menuju ke Pulau Manukan. Bot dipandu oleh Ijan (tiada dalam gambar)

Si Boolatt dalam misi mencari nemo. Sampai ke kepala life jacketnye. Haih.

Di Pulau Sapi. Tengah memujuk ikan untuk menggigit kaki.

Pulau Mamutik.

Gambar bertiga di Pulau Manukan. Maaf lah akan kegelapan gambar sebab kalau dalam kamera tak segolap ini - ni Montel yang kata.
Kami berada di 3 pulau tu dari 9.30 pagi sampai 4.40 petang. BerBBQ lunch di Pulau Sapi. Puas hati makan. Time balik, kami yang paling lambat. Ish. Disebabkan lambat, Moq menjadi konduktor bot. Duduk depan sekali. Life jacket pun tak pakai. Apa ade hal.
Balik memang kami tido puas-puas. Aktiviti malam bersiar-siar sambil meng'hilang' kan duit di night market. Cari souvenir untuk orang tersayang contoh seperti mak, abah, kakak, abang ipar, kekasih, bakal mak mertua, bakal pak mertua, bakal adik ipar dengan rakan-rakan sejawat. Ok banyak sangat dah contoh tu harap jelas ye =D
Hari terakhir kami pergi pusat membeli-belah di pekan KK. Sebab dekat dengan hotel. Malas. Dapat lah menonton wayang cerita Karak. Tiket berharga RM 6.00. Teruja. Pukul 4.30 petang Estrada Astri dan Yanie mengambil kami dan membawa kami ke Tanjung Aru pulak. Makan Keropok Leko (sedap), jagung manis tak kedekut punya, ais kacang ada honey star, rojak buah dengan satay ayam.

Muka kegirangan setelah perut kenyang. Lokasi : Tanjung Aru.
Ok habis dah cerita. Btw, terima kasih banyak-banyak dekat Estrada Astri dan Yanie. Sebab sudi bawa kami jalan-jalan sampai ke Kundasang tu. Terima kasih banyak-banyak-banyak. Sangat puas hati bercuti ke Sabah kali ni. Paling best sebab bercuti dengan 2budak gemuk kesayangan saya. Kalau pergi ke Hulu Selangor pun aku rasa best weh.
Ok, till then be good kawan-kawan :D
4 comments:
Seronok gila..kita kalau pi mana pun memang beronok2..ingat singapura? Next year bandung!
seronok sangat nak mams! ok2 bandung in list aku nak kene settle ptptn dulu papehal pun. haha :D
tengok gambar je tau best. best lah korang ni !
oh ye memang best. nasib tak terbalik je sabah tu kami buat.
Post a Comment